Monday, October 20, 2014

KEJAHILAN UMAT ISLAM

Assalamuaaikum

Apabila penganjur program I Want To Touch A Dog mendakwa ia mendapat restu Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi mendakan program mesra anjing semalam, ia sekadar membuktikan bahawa para pentadbir Majlis tersebut yang kebanyakannya merupakan penyokong kuat Pas sudah berada di bawah telunjuk DAP.
Tidak ada sebab yang munasabah yang langsung untuk MAIS memberi restu kepada program pegang dan peluk anjing ini. Oleh kerana sehingga hari ini MAIS tidak menafikan kenyataan penganjur tersebut maka kemungkinan besar benarlah restu itu.
Kita boleh berbahas berjam-jam lamanya mengenai hukum menyentuh anjing ini, namun ianya tidak menyelesaikan isu sokongan Mais kepada kempen pegang anjing ini.

peganganjingYa

ng menyokong kempen ini sebagai sesuatu yang mulia kerana untuk memulihkan stigma benci anjing di kalangan orang Islam sebenarnya menghina majoriti umat Islam di negara ini. Majoriti kami tidak pernah benci anjing mahu pun mendera anjing. Kami hanya tidak membela anjing sebagai binatang peliharaan kerana dilarang oleh agama kami. Kami tidak menyentuh anjing tanpa sebab kerana ia merupakan ajaran agama kami.
Kami juga menjauhi anjing kerana agama kami telah meletakkan syarat supaya melakukan acara pembersihan tertentu (sertu) jika bersentuh dengan anjing dalam keadaan basah atau dijilat anjing tersebut. Dalam keadaan kami perlu solat 5 kali sehari, wajarlah kami tidak mendekati anjing sesuka hati.
Ini samalah seperti kami tidak mendekati Harimau kerana takut dibaham atau menjauhi diri dari ular kerana takut dipatuk. Kami juga tidak memeluk ayam, itik, kambing, lembu dan kerbau. Ini bukan bermakna kami membenci atau mahu mendera binatang-binatang tersebut.
Kempen ini memberi imej yang sangat buruk kepada muslim di negara ini. Ia seolah-olah orang Islam di negara ini sering menganiaya dan mendera anjing sehinggakan perlu satu kempen sentuh, pegang dan peluk anjing bagi mengubah tabiat buruk orang Islam.

Hakikatnya, anjing lebih banyak didera dan dianiaya oleh orang bukan Islam terutamanya kaum Cina kerana mereka sahaja yang banyak memelihara anjing. Kita hampir tidak pernah mendengar langsung orang Islam membunuh atau mendera anjing sama ada secara fizikal atau mental.

Friday, September 12, 2014

AL QURAN ILMU UNTUK HIDUP

Assalamualaikum.

     Ramai yang salah faham tentang kehendak ALLAH apabila ayat ayatnya diwahyukan kepada HAMBA HAMBANYA yang sanggup menyampaikan kepada manusia walaupun menerima ancaman. Nabi Muhammad adalah salah satu diantara HAMBANYA yang melaksanakan Al Quran dengan taat dan tunduk akan kehendak ALLAH.

    Hari ini Al Quran tidak diambil sebagai pedoman serta petunjuk bagaimana cara kehidupan yang perlu dijalani. Hari ini Al Quran hanya dijadikan sebagai bahan pelaris perniagaan. Hari ini ayat ayat Al quran hanya dijadikan perhiasan didinding dinding rumah. Ada yang dijual dengan harga yang mahal dan tak kurang ynag dijual dengan harga murah. Hari ini Al quran dijadikan barangan tukaran kepada yang menderma.

    Hari ini ayat ayat Al quran dijadikan bahan pertandingan seperti pertandingan musabaqah peringkat dalam Negara mahupun peringkat antarabangsa. Hari ini Al quran banyak diperdendangkan mengikut alunan yang mereka rasa itulah cara Al quran dibaca. Kefahaman sebenar tentang kenapa Al quran diturunkan langsung tidak difahami dari segenap peringkat sehinggakan ALLAH  SWT memfirman dalam surah Al Maidah  bermaksud :

          Katakanlah: " Hai ahli kitab, kamu tidak dipandang beragama sedikitpun hingga kamu menegakkan ajaran ajaran Taurat, Injil dan Al quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu ". Sesungguhnya apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu akan menambah kedurhakaan dan kekafiran kepada kebanyakkan dari mereka, maka janganlah kamu bersedih terhadap orang orang yang kafir itu.

                   
                                                                             ( Al Maidah 5 : 68 )

wasallam.

Terima kasih

Thursday, September 4, 2014

PROSES KEHIDUPAN

Assalamualaikum.

Memahami kelangsungan hidup mengikut acuan serta kehendak Allah.

          Dialah yang membentuk kamu dalam rahim sebagaimana dikehendakinya. Tak ada Tuhan  yang berhak disembah ) melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

                                                                                           ( Ali Imran 3 : 6 )

Maksud dari ayat tersebut adalah apa saja yang hendak kita buat diatas muka bumi hendaklah mengikut kehendak Allah. Kelahiran kita diatas muka bumi ini pun mengikut kehendaknya. Rupa bentuk kita pun mengikut kehendaknya. Begitu juga makhluk  ciptaannya yang lain, semuanya mengikut kehendaknya.

          Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.

                                                                                            ( An Nahl 16 : 78 )

Marilah kita mulai memehami apa sahaja kehendak Allah dalam kita menjalani kehidupan dimuka bumi ini.

Wasallam.

CARA PEMBACAAN QURAN

Assalamualaikum.

Cara memahami Al Quran dan apa yang sepatutnya dipraktikkan.

            Dialah yang menurunkan Al Kitab ( Al Quran ) kepada kamu. Diantara ( isi )nya ada ayat ayat yang muhkamaat, itulah pokok pokok isi Al Quran dan yang lain ( ayat ayat ) mutasyaabihaat. Adapun orang orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat ayat yang mutasyaabihaat daripadanya untuk menimbulkan fitnah untuk mencari cari ta'wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta'wilnya melainkan Allah. Dan orang orang yang mendalam ilmunya berkata: " Kami beriman kepada ayat ayat yang mutasyabihaat, semuanya itu dari sisi Tuhan Kami". Dan tidak dapat mengambil pelajaran ( daripadanya ) melainkan orang orang yang berakal.

                                                                                                       ( Ali Imran 3 : 7 )

Pastikan dulu apa yang sepatutnya kita lakukan untuk melaksanakan Al Quran. Dan apa yang dicadangkan oleh Allah sendiri dalam ayat seterusnya.

             Dan janganlah kamu mengikuti  apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.

                                                                                                     ( Al Israa 17 : 36 )

Wasalam.

HAKIKAT SALAH KEPERCAYAAN

Assaamualaikum

Pertembungan pemikiran cara melihat realiti dengan imaginasi amat berleluasa dizaman teknologi dunia bertambah maju. Banyak perkara yang dilaksanakan bukan mengikut apa yang sepatutnya dibuat. Tetapi lebih suka melaksanakan perkara yang bukan menjadi keutamaan.

        Sesungguhnya orang orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaan mengniaya diri sendiri, ( kepada mereka ) malaikat bertanya : " Dalam keadaan bagaiman kamu ini?". Mereka menjawab: " Adalah kami orang orang yang tertindas dinegeri ( Mekah ) ". Para Malaikat berkata: " Bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah dibumi itu?". Orang orang itu tempatnya neraka jahanam, dan jahanam itu seburuk buruk tempat kembali.

                                                                                                                 ( An Nissa 4 : 97 )

Apakah ayat ayat seperti yang diwahyukan seperti ayat diatas pernah diutarakan kepada masyarakat Islam. Namun sehingga kini kita masih diajarkan tentang perkara yang tidak ada faktanya dalam Al Quran tentang Soalan kubur yang sehingga kini kita tetap melakukan kebiasaan yang salah. Siapa yang harus di pertanggungjawabkan.

Wasallam

KEPERCAYAAN KARUT QURAN

Assalamualaikum.

Masih ramai lagi yang meletakkan kedudukkan Al Quran sebagai satu kitab yang mistik. Ayat ayat Al Quran digantung di dinding rumah dengan pelbagai gelaran. Ada yang dijadikan sebagai ilmu Pelaris, ada juga dijadikan sebagai ayat ayat penghalau syaitan dan hantu. Ada yang menjadikan sebagaiazimat, dan juga tak kurang yang menjadikan ayat ayat ini sebagai ilmu Pengasih.

Ramai yang mengatakan Al Quran ini satu Mukjizat dari Allah namun tak seorang pun yang dapat menjelaskan tentang Mukjizat yang dimaksudkan hatta Alim Ulamak sendiri. Mungkin mereka beranggapan ayat ayat ini mempunyai ciri ciri Magik. Mungkin itu sebab utama kenapa sehingga kini Al Quran tidak dijadikan satu bentuk bahan rujukkan utama umat Islam.

          Kami tidak turunkan Al Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah. Tetapi sebagai satu peringatan bagi orang yang takut ( kepada Allah ). yaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.

                                                                                                                  ( Thaaha 20 : 2,3,4 )

Masih ramai dikalangan umat Islam khususnya orang Melayu yang takut untuk membaca kerana takut salah bacaannya. Kekadang sehingga bab bab nak memegang Al Quran pun mempunyai macam macam pantang yang dikenakan. Kekadang  pantang larangnya amat mengelirukan. hujung hujung Al Quran hanya dijadikan perhiasan di rak rak mahupun almari.

Wasallam...................

MEMBETULKAN YANG BIASA

Assalamualaikum.

melihat rutin seharian kehidupan manusia yang tiada banyak perubahan. Manusia akan melalui hari hari yang sang sama setiap hari tanpa memikirkan akan kesudahan penghidupan.

           Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.

                                                                                                                  ( An Nahl 16 : 78 )

Apabila berlaku suatu kelahiran baru maka bermula satu episod dimana ibubapa akan mula merancang tentang kehidupan yang bagaimana yang harus dilalui oleh anak itu tadi. Ibubapa akan mula memikirkan tentang keperluan makan dan minum sehingga mencecah usia dua tahun.

Keperluan pendidikan mula anak dirancang pada saat ketika anak mula berusia tiga tahun  Pendidikkan sekolah aliran jenis apa yang sesuai untuk anak. Bagi golongan yang berkemampuan maka sekolah berbayar mana yang harus dicadangkan tentang kebagusan menghantar anak kesana. Dan bagi golongan pertengahan akan memiih sekolah yang cemerang prestasinya. Namun bagi mereka yang berada dalam kelas bawahan mungkin akan menghantar anak kesekolah yang berdekatan untuk mengelakkkan kos transport.

Perancangan menghantar anak ke peringkat lebih tinggi akan mula dirancang apabila sianak melepasi beberapa peperiksaan dengan cemerlang. Golongan atasan akan menghantar anaknya ke universiti luar negara yang dianggap berpotensi tinggi, ada juga yang mengeluarkan kos sendiri untuk pembiayaan anak kerana kurang cemerlang keputusan disekolah. Bagi goonga pertengahan yang memepunyai anak pintar akan cuba memohon peruntukkan Biasiswa untuk anak mereka keperingkat Universiti luar Negara.

Golongan bawahan pula akan mula berkira kira atas kemampuan menghantar anak ke Universiti atau mengambil keputusan supaya anak itu terus bekerja untuk menampung keperluan keluarga dan adik adik yang lain. Dan yang pasti rutin sebegini akan terus terusan berlaku.

wassalam

MEMBIASAKAN YANG BETUL

Assalamualaikum.

           Allah berfirman: " Kamu tidak tinggal ( dibumi ) meainkan sebentar saja, kalau kamu sesungguhnya mengetahui". Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main main ( saja ) dan bahawa kamu tidak akan dikembaikan kepada Kami ?

                                                                                               ( Al Mukminun 23 : 114-115 )

Kita akan memulakan kehidupan dengan mula melihat sekeliling dan apa saja yang menjadi kebiasaan dipandangan mata. Ada yang lebih suka bekerja makan gaji, pekerjaan yang menjadi pilihan utama. Ada yang mengikut jejak atau mewarisi pekerjaan ibubapa. Tak kurang juga yang lebih suka menghabiskan harta orang tua dengan mejawat jawatan penganggur.

Orang orang Islam khususnya bangsa Melayu lebih suka bekerja disektor kerajaan yang menjanjikan wang pencen, bonus tahunan yang belum pasti, serta kemudahan pemeriksaan kesihatan dipihak kerajaan. Salah satu pekerjaan yang paling tidak digemari adalah Perniagaan. Bagi mereka perniagaan adalah satu profesian yang susah. Mereka tidak biasa bekerja dalam kondisi tekanan yang tinggi. Bangsa Melayu lebh suka pekerjaan yang santai seperti di sektor kerajaan.

Sedangkan Nabi Muhammad mengingatkan kepada umat Islam tentang 9/10 rezeki di mukabumi ini adalah datangnya dari transaksi perniagaan. Allah juga menjanjikan kebahagiaan dengan jalan perniagaan. Adalah satu peranan utama agar umat Islam diseru menjadikan budaya berniaga sebagai satu amalan hidup.


               Hai orang orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih ?

                                                                                             (  Ash Shaaff 61 : 10 )

wassalam

Wednesday, April 25, 2012

surah

شَہۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدً۬ى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِ‌ۚ فَمَن شَہِدَ مِنكُمُ ٱلشَّہۡرَ فَلۡيَصُمۡهُ‌ۖ وَمَن ڪَانَ مَرِيضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٍ۬ فَعِدَّةٌ۬ مِّنۡ أَيَّامٍ أُخَرَ‌ۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِڪُمُ ٱلۡيُسۡرَ وَلَا يُرِيدُ بِڪُمُ ٱلۡعُسۡرَ وَلِتُڪۡمِلُواْ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُڪَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَٮٰكُمۡ وَلَعَلَّڪُمۡ تَشۡكُرُونَ (١٨٥)

(beberapa hari yang di tentukan itu ialah) bulan Ramadan bulan yang didalamnya  diturunkan ( permulaan )Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda ( antara yang haq dan yang bathil ). kerana itu, barangsiapa di antara kamu yang hadir ( dinegeri tempat tinggalnya ) dibulan itu , maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan ( lalu ia berbuka ) maka ( wajib lah baginya berpuasa ) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari hari yang lain. ALLAH menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu menganggungkan ALLAH atas petunjuknya yang diberikan kepadamu supaya kamu bersyukur
                                                                                                         ( 2 :185)


وَٱللَّهُ أَخۡرَجَكُم مِّنۢ بُطُونِ أُمَّهَـٰتِكُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ شَيۡـًٔ۬ا وَجَعَلَ لَكُمُ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡأَبۡصَـٰرَ وَٱلۡأَفۡـِٔدَةَ‌ۙ لَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ (٧٨)
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia memberikan kamu pendengaran dan penglihatan dan hati  agar kamu bersyukur.
                                                                                                           (16:78)

وَلَا تَقۡفُ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌ‌ۚ إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡـُٔولاً۬
 (٣٦)
Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya; sesungguhnya pendengaran , penglihatan dan hati, semuanya akan diminta pertanggungan jawabnya
                                                                                                         (17:36)



وَإِذَا قُرِئَ ٱلۡقُرۡءَانُ فَٱسۡتَمِعُواْ لَهُ ۥ وَأَنصِتُواْ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ
(٢٠٤)

Dan apabila dibacakan Al Quran, maka dengarkanlah baik baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat
                                                                                                        (7:204)

Monday, April 16, 2012

PIDATO AMANAT

assalamualaikum

Sebelum menyelesaikan ibadah haji , Rasulullah saw telah mengucapkan sebuah pidato amanat yang amat bernilai dihadapan kaum muslimin di bukit Arafah pada tanggal 8 zulhijah 10 hijrah bersamaan dengan 7 march 632 masihi. setelah selesai mengerjakan ibadah Haji, Nabi Muhammad saw pun kembali ke Madinah.

Kira kira 3 bulan sesudah mengerjakan Haji Wada' itu , Nabi Muhammad saw pun menderita demam beberapa hari , sehingga tidak dapat untuk mengimamkan shalat jemaah. Maka disuruhnya lah Abu Bakar menggantikan beliau menjadi Imam.

Pada tanggal ke 12 Rabiul awaltahun ke 11 Hijriah bertepatan dengan 8 jun 632 Masihi, Nabi Muhammad saw telah kembali ke hadrat ALLAH swt dalam usia 63 tahun. 23 tahun lamanya, sejak beliau diangkat menjadi Rasul ALLAH swt, berjuang tak mengenal lelah dan derita untuk menegakkan agama ALLAH swt agama Islam.

Nabi Muhammad saw pun wafat. Beliau telah meninggalkan umatnya, tak ada harta benda yang ditinggalkan yang berarti untuk diwariskan kepada anak dan isterinya. Tetapi beliau meninggalkan dua buah pusaka yang diwariskannya kepada kepada seluruh umatnya ..

Sabda baginda yang bermaksud..

            Ku tinggalkan untuk kamu dua perkara ( pusaka ), taklah kamu akan tersesat selama-lamanya selama kamu masih berpegang kepada keduanya, iaitu KitabAllah dan Sunnah Rasulnya

Sejauh mana kita mengikuti Amanat yang di tinggalkan dalam kehidupan hari ini......

wasallam

Saturday, April 7, 2012

Kesalahan memahami perintah

sesungguhnya masih ramai umat Islam yang tak mengenali kehendak kehendak ALLAH SWT dalam   hal hal penciptaan manusia serta mahunya ALLAH SWT dengan ciptaannya itu. Ramai dikalangan bijak pandai agama secara jelas meninggalkan perintah perintah serta larangannya dalam Quran

وَٱبۡتَغِ فِيمَآ ءَاتَٮٰكَ ٱللَّهُ ٱلدَّارَ ٱلۡأَخِرَةَ‌ۖ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ ٱلدُّنۡيَا‌ۖ وَأَحۡسِن ڪَمَآ أَحۡسَنَ ٱللَّهُ إِلَيۡكَ‌ۖ وَلَا تَبۡغِ ٱلۡفَسَادَ فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُفۡسِدِينَ (٧٧)

Dan carilah pada apa yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan kebahagiaan negeri akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu berbuat  kerosakan di (muka) bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.

                                                                                              ( 28 : 77 )

Jadi kita sebagai manusia yang beriman hendaklah mendahulukan kehendak akhirat disamping kita tidak melupakan keperluan hidup di dunia. Jika kita perhatikan masa kini dimana Umat Islam kebanyakkan nya lebih suka menjadi pengguna dari menjadi Khalifah yang dapat memakmurkan penduduk bumi.

Ayat ALLAH SWT diatas tidak pernah langsung dibincang atau dilaksanakan sehingga kini. apa yang kebanyakkan Umat Islam lebih mementingkan duniawi semata mata dalam soal hidup dan mati. sedangkan ALLAH berkehendak agar manusia mendahulukan soal akhirat dahulu barulah  kejar Dunia

wassallam

Monday, April 2, 2012

Apa itu Al Quran

Ramai umat Islam terkeliru dengan Al Quran. Mereka menganggap Al Quran itu suatu benda yang terlalu suci sehinggakan merasa gementar atau wasa was apabila hendak mula membaca Al Quran. Maka mula dari itu Al Quran mula diletakkan di tempat tempat yang tinggi agar tak terusik atau ternoda kesuciannya jika diletakkan di tempat sembarangan.

Memang benar sesungguhnya Al Quran itu adalah suatu Qalam yang amat suci. Namun dalam masa yang sama kita sebenarnya mempermainkan kalimah itu sendiri kerana kita tidak faham akan kehendak ALLAH SWT yang telah mewahyukan kepada manusia.Dan yang paling penting ialah kita tidak faham dengan bahasa penghantar dalam Al Quran itu sendiri.

Percayalah sesungguhnya Al Quran itu diturunkan bukan untuk menyusahkan bahkan menggembirakan manusia itu sendiri. mari kita lihat dari surah Thoha ayat 2 dan 3

مَآ أَنزَلۡنَا عَلَيۡكَ ٱلۡقُرۡءَانَ لِتَشۡقَىٰٓ (٢) إِلَّا تَذۡڪِرَةً۬ لِّمَن يَخۡشَىٰ (٣)


Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. (2) Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah (3)                                                                      
                                                                                 ( 20 : 2,3 )

Namun ALLAH SWT menjelaskan lagi diayat seterusnya agar manusia tidak khuatir dalam surah Mariam ayat ke 97

فَإِنَّمَا يَسَّرۡنَـٰهُ بِلِسَانِكَ لِتُبَشِّرَ بِهِ ٱلۡمُتَّقِينَ وَتُنذِرَ بِهِۦ قَوۡمً۬ا لُّدًّ۬ا

Maka sesungguhnya telah Kami mudahkan turunnya Al-Quran itu dengan bahasamu , agar kamu dapat memberi khabar gembira dengan Al Quran itu kepada orang-orang yang bertakwa dan agar kamu memberi peringatan dengannya kepada kaum yang membangkang

                                                             ( 19 : 97 )

Maka dari hari ini marilah kita mula mendekati Al Quran agar dapat kita menyambung wasilah Nabi Muhammad saw sebagaimana Nabi Muhammad melaksanakan Al Quran

Manusia yang hidup perlukan Al Quran

Ramai umat Islam kini tidak lebih hanya lah menganuti ISLAM keturunan yang tidak menyelamatkan diri dari azab api neraka selama mana dianya tidak terikat dengan Al Quran. Sesungguhnya Al Quran ini tidak lain adalah wahyu ataupun Qalam ALLAH yang jelas diturunkan untuk manusia agar menjadi panduan manusia.

Manusia tidak menyedari yang mana apabila manusia itu membaca Al Quran sesungguhnya mereka sedang berbicara dengan ALLAH SWT secara langsung. Ramai yang apabila membaca Al Quran menganggap mereka telah melaksanakan kehendak ALLAH SWT itu sendiri. Namun mereka yang sebenarnya tidak faham akan kehendak pembacaan Al Quran itu sendiri.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ (١) خَلَقَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مِنۡ عَلَقٍ (٢) ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ (٣) ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ (٤) عَلَّمَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ (٥)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (1) Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (2) Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; (3) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; (4) Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (5)

                                                                                                           ( 96 : 1-5 )

Di sini ramai yang terkeliru dengan maksud wahyu pertama yang diturunkan. Manusia dikehendakki untuk beramal serta berilmu dengan Al Quran. Al Quran hendaklah menjadi satu tempat rujukkan yang utama sebelum mengambil dari sumber yang lain sebagai dokongan. Ramai juga penganut Islam yang beranggapan mereka telah selamat hanya sekadar dilahirkan sebagai ISLAM tanpa perlu lagi dengan Al Quran sebagai pedoman hidup.
Wassalam

Friday, September 9, 2011

Siapa lebih Mulia.. Malaikat atau Manusia

Malaikat di lletakkan ketangga kedua selepas beriman kepada ALLAH swt dalam rukun Iman. Manusia pula diletakkan ketangga yang ke empat. Namun pada kenyataan serta hakikatnya Manusia dikatakan adalah lebih Mulia daripada Malaikat. sungguhpun malaikat salah satu makhluk yang paling taat dan tidak pernah engkar akan perintah ALLAH swt.

Namun untuk dikatakan Mulia pula Manusia berada diatas kedudukkan Malaikat. Para malaikat diciptakan tanpa mempunya Nafsu seperti Syahwat... lapar... haus. Para Malaikat juga tidak penat dan mengantuk dalam melaksanakan perintah ALLAH swt.

Berbeza dengan Manusia yang mempunyai bermacam macam kelemahan. Manusia dicipta dengan memikul Nafsu yang mempunyai keinginan melakukan kebaikkan mahupun kemungkaran. Manusia penuh dengan rasa keinginan yang tinggi untuk berseronok.

Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir. (QS 2 : 34 )

dalam ayat al baqarah diatas menunjukkan betapa mulianya penciptaan Manusia disisi ALLAH swt sehinggakan para Malaikat tunduk kepada Adam as. Namun kita pada hari ini tidak meletakkan kedudukkan kemuliaan yang diberi oleh ALLAH swt ditempat yang sepatutunya.

Manusia amat lalai dengan keseronokkan yang dicipta sendiri dalam menolak atas perintah nya serta meninggalkan segala larangannya. Manusia merasakan kebebasan yang amat terhad jika kita melaksanakan perintah ALLAH swt.

Apakah dia Ibadah yang dituntut..

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (QS 51 : 56)
dimanakah bangsa Jin ini tinggal .? dan mengapakah bangsa Jin dikaitkan dengan bangsa Manusia yang diciptakan untuk Ibadah. Sedangkan kita tak dapat melihat bangsa Jin yang dikatakan ghaib itu dan bagaimana kita tahu ianya diciptakan untuk ibadah. Apakah bentuk Ibadah kaum Jin ini.


Namun untuk menolak fakta Quran ini juga menjadi satu kesalahan yang membawa kekafiran. Mungkin kah bangsa Jin ini seiring dengan bangsa Malaikat pula. ?

Monday, September 5, 2011

Mengapa Adam as Derhaka akan perintah ALLAH

Manusia di ciptakan dengan kalimah SEBAB oleh ALLAH swt. Manusia pertama yang diciptakan adalah Nabi Adam as. Nabi Adam as satu satunya manusia yang diciptakan. Manakala Siti Hawa diciptakan melalui mimpi Adam as serta keperluan bagi kaum Adam atau sebagai pasangan. Bukti perlunya pasangan ialah dari petunjuk Quran iaitu seperti siang yang memerlukan malam. Baik memerlukan Buruk. Betul atau Salah.

Dan kami berfirman: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam Syurga dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim. (QS 2 : 35 )

Nabi Adam as dan Siti Hawa hidup dengan bergembira didalam syurga. mereka hanya melayan apa sahaja kehendak dan keperluan diri di syurga. Ibadah Adam as ketika itu tidak lain hanyalah menjaga sifat diri yang dikurniakan oleh ALLAH swt. Namun ALLAH juga memberi amaran kepada Adam as agar tidak menghapiri pohon terlarang...........Persoalannya ialah apa simboliknya pohon yang terlarang itu .????

Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari Syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati). ( QS 2 : 36 )

Setelah terhasut dengan kalimat dari Iblis laknatullah maka Adam as telah hilang nikmat diciptakan sebagai Manusia. Maka terlantarlah Adam as dan isteri diatas dunia untuk melaksanakan perintah dan larangan ALLAH swt bagi menebus kesilapan disyurga. maka hiduplah keturunan Adam as sehingga hari ini didunia dan menggalas amanat dari ALLAH swt........... Persoalannya apakah benar Adam as melakukan kesalahan bukan dengan percaturan ALLAH swt sendiri.????

Cuba kita renungi ayat Al Baqarah dibawah ini........

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. (QS2 : 30 )

Adakah Adam diciptakan hanya untuk mendiami Syurga atau untuk turun kebumi sebagai Khalifah ALLAH swt..???? Manusia hanya memerlukan satu SEBAB sahaja untuk hidup. Begitu juga ALLAH swt hanya memberi satu SEBAB sahaja untuk mengeluarkan Adam as dari syurganya untuk melaksanakan apa yang diajar dengan nama nama benda dan gunanya dalam ayat seterusnya dibawah ini

Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar. ( QS 2 : 31 )

Bagaimana kita hendak menjawab persoalan ini jika kita tidak mengetahui kehendak ALLAH swt atas penciptaa dan sebab sebab nya

wassalam.

Sunday, September 4, 2011

Manusia tidak diberi Peranan Seperti Malaikat

APAKAH peranan Manusia atas penciptaan dimuka bumi ALLAH swt ini.???

وَعَلَّمَ ءَادَمَ ٱلۡأَسۡمَآءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَہُمۡ عَلَى ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ فَقَالَ أَنۢبِـُٔونِى بِأَسۡمَآءِ هَـٰٓؤُلَآءِ إِن كُنتُمۡ صَـٰدِقِينَ
Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar. (QS 2: 31 )

JADI persoalan disini ialah apakah nama nama benda yang diajarkan oleh ALLAH swt kepada Adam as itu. KENAPA dia menjadi perbezaan antara penciptaan Malaikat dan Manusia .? Jika Malaikat sentiasa bertasbih serta memuji dan mensucikan dan apakah itu menjadi kewajiban kepada setiap hambanya......... mengapa Manusia hanya diajar nama nama benda serta kegunaannya.??

maka di beritahukan akan segala nama nama benda serta kegunaannya kepada manusia. Sebagaimana keperluan utama atau asas manusia ialah pada keperluan badan iaitu MAKANAN, PAKAIAN yang mana makanan dan pakaian bukan menjadi keperluan para malaiakat. Dan apa tujuan ALLAH swt menciptakan Manusia untuk hidup di bumi ALLAH swt ini. Jika manusia dicipta hanya untuk berperanan seperti Malaikat maka tak perlulah kita dikategorikan dalam kelompok Manusia.

telah menjadi tanggungjawab kita untuk mencari kepastian untuk apa kita diciptakan melalui petunjuk yang telah diwahyu kan ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad saw. dengan Quran sahaja kita dapat memastikan arah tuju penciptaan kita agar tidak tersasar terus dari kehendak pencipta kita. mari kita renungkan dari ayat ini

شَہۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدً۬ى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِ‌ۚ

bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. ( QS 2 : 185 )

هَـٰذَا بَيَانٌ۬ لِّلنَّاسِ وَهُدً۬ى وَمَوۡعِظَةٌ۬ لِّلۡمُتَّقِينَ

(Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa. (QS 3 : 138 )


أَفَغَيۡرَ دِينِ ٱللَّهِ يَبۡغُونَ وَلَهُ ۥۤ أَسۡلَمَ مَن فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ طَوۡعً۬ا وَڪَرۡهً۬ا وَإِلَيۡهِ يُرۡجَعُونَ

Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu mereka mencari lain dari agama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, samada dengan sukarela ataupun terpaksa dan kepadaNyalah mereka dikembalikan,(QS 3 : 83 )

maka kita sebagai Manusia wajib mencari apa sebenarnya kehendak ALLAH swt dalam penciptaan Manusia di alam ini.??

wassalam