Friday, September 9, 2011

Siapa lebih Mulia.. Malaikat atau Manusia

Malaikat di lletakkan ketangga kedua selepas beriman kepada ALLAH swt dalam rukun Iman. Manusia pula diletakkan ketangga yang ke empat. Namun pada kenyataan serta hakikatnya Manusia dikatakan adalah lebih Mulia daripada Malaikat. sungguhpun malaikat salah satu makhluk yang paling taat dan tidak pernah engkar akan perintah ALLAH swt.

Namun untuk dikatakan Mulia pula Manusia berada diatas kedudukkan Malaikat. Para malaikat diciptakan tanpa mempunya Nafsu seperti Syahwat... lapar... haus. Para Malaikat juga tidak penat dan mengantuk dalam melaksanakan perintah ALLAH swt.

Berbeza dengan Manusia yang mempunyai bermacam macam kelemahan. Manusia dicipta dengan memikul Nafsu yang mempunyai keinginan melakukan kebaikkan mahupun kemungkaran. Manusia penuh dengan rasa keinginan yang tinggi untuk berseronok.

Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir. (QS 2 : 34 )

dalam ayat al baqarah diatas menunjukkan betapa mulianya penciptaan Manusia disisi ALLAH swt sehinggakan para Malaikat tunduk kepada Adam as. Namun kita pada hari ini tidak meletakkan kedudukkan kemuliaan yang diberi oleh ALLAH swt ditempat yang sepatutunya.

Manusia amat lalai dengan keseronokkan yang dicipta sendiri dalam menolak atas perintah nya serta meninggalkan segala larangannya. Manusia merasakan kebebasan yang amat terhad jika kita melaksanakan perintah ALLAH swt.

Apakah dia Ibadah yang dituntut..

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (QS 51 : 56)
dimanakah bangsa Jin ini tinggal .? dan mengapakah bangsa Jin dikaitkan dengan bangsa Manusia yang diciptakan untuk Ibadah. Sedangkan kita tak dapat melihat bangsa Jin yang dikatakan ghaib itu dan bagaimana kita tahu ianya diciptakan untuk ibadah. Apakah bentuk Ibadah kaum Jin ini.


Namun untuk menolak fakta Quran ini juga menjadi satu kesalahan yang membawa kekafiran. Mungkin kah bangsa Jin ini seiring dengan bangsa Malaikat pula. ?

Monday, September 5, 2011

Mengapa Adam as Derhaka akan perintah ALLAH

Manusia di ciptakan dengan kalimah SEBAB oleh ALLAH swt. Manusia pertama yang diciptakan adalah Nabi Adam as. Nabi Adam as satu satunya manusia yang diciptakan. Manakala Siti Hawa diciptakan melalui mimpi Adam as serta keperluan bagi kaum Adam atau sebagai pasangan. Bukti perlunya pasangan ialah dari petunjuk Quran iaitu seperti siang yang memerlukan malam. Baik memerlukan Buruk. Betul atau Salah.

Dan kami berfirman: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam Syurga dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim. (QS 2 : 35 )

Nabi Adam as dan Siti Hawa hidup dengan bergembira didalam syurga. mereka hanya melayan apa sahaja kehendak dan keperluan diri di syurga. Ibadah Adam as ketika itu tidak lain hanyalah menjaga sifat diri yang dikurniakan oleh ALLAH swt. Namun ALLAH juga memberi amaran kepada Adam as agar tidak menghapiri pohon terlarang...........Persoalannya ialah apa simboliknya pohon yang terlarang itu .????

Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari Syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati). ( QS 2 : 36 )

Setelah terhasut dengan kalimat dari Iblis laknatullah maka Adam as telah hilang nikmat diciptakan sebagai Manusia. Maka terlantarlah Adam as dan isteri diatas dunia untuk melaksanakan perintah dan larangan ALLAH swt bagi menebus kesilapan disyurga. maka hiduplah keturunan Adam as sehingga hari ini didunia dan menggalas amanat dari ALLAH swt........... Persoalannya apakah benar Adam as melakukan kesalahan bukan dengan percaturan ALLAH swt sendiri.????

Cuba kita renungi ayat Al Baqarah dibawah ini........

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. (QS2 : 30 )

Adakah Adam diciptakan hanya untuk mendiami Syurga atau untuk turun kebumi sebagai Khalifah ALLAH swt..???? Manusia hanya memerlukan satu SEBAB sahaja untuk hidup. Begitu juga ALLAH swt hanya memberi satu SEBAB sahaja untuk mengeluarkan Adam as dari syurganya untuk melaksanakan apa yang diajar dengan nama nama benda dan gunanya dalam ayat seterusnya dibawah ini

Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar. ( QS 2 : 31 )

Bagaimana kita hendak menjawab persoalan ini jika kita tidak mengetahui kehendak ALLAH swt atas penciptaa dan sebab sebab nya

wassalam.

Sunday, September 4, 2011

Manusia tidak diberi Peranan Seperti Malaikat

APAKAH peranan Manusia atas penciptaan dimuka bumi ALLAH swt ini.???

وَعَلَّمَ ءَادَمَ ٱلۡأَسۡمَآءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَہُمۡ عَلَى ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ فَقَالَ أَنۢبِـُٔونِى بِأَسۡمَآءِ هَـٰٓؤُلَآءِ إِن كُنتُمۡ صَـٰدِقِينَ
Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar. (QS 2: 31 )

JADI persoalan disini ialah apakah nama nama benda yang diajarkan oleh ALLAH swt kepada Adam as itu. KENAPA dia menjadi perbezaan antara penciptaan Malaikat dan Manusia .? Jika Malaikat sentiasa bertasbih serta memuji dan mensucikan dan apakah itu menjadi kewajiban kepada setiap hambanya......... mengapa Manusia hanya diajar nama nama benda serta kegunaannya.??

maka di beritahukan akan segala nama nama benda serta kegunaannya kepada manusia. Sebagaimana keperluan utama atau asas manusia ialah pada keperluan badan iaitu MAKANAN, PAKAIAN yang mana makanan dan pakaian bukan menjadi keperluan para malaiakat. Dan apa tujuan ALLAH swt menciptakan Manusia untuk hidup di bumi ALLAH swt ini. Jika manusia dicipta hanya untuk berperanan seperti Malaikat maka tak perlulah kita dikategorikan dalam kelompok Manusia.

telah menjadi tanggungjawab kita untuk mencari kepastian untuk apa kita diciptakan melalui petunjuk yang telah diwahyu kan ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad saw. dengan Quran sahaja kita dapat memastikan arah tuju penciptaan kita agar tidak tersasar terus dari kehendak pencipta kita. mari kita renungkan dari ayat ini

شَہۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدً۬ى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِ‌ۚ

bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. ( QS 2 : 185 )

هَـٰذَا بَيَانٌ۬ لِّلنَّاسِ وَهُدً۬ى وَمَوۡعِظَةٌ۬ لِّلۡمُتَّقِينَ

(Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa. (QS 3 : 138 )


أَفَغَيۡرَ دِينِ ٱللَّهِ يَبۡغُونَ وَلَهُ ۥۤ أَسۡلَمَ مَن فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ طَوۡعً۬ا وَڪَرۡهً۬ا وَإِلَيۡهِ يُرۡجَعُونَ

Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu mereka mencari lain dari agama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, samada dengan sukarela ataupun terpaksa dan kepadaNyalah mereka dikembalikan,(QS 3 : 83 )

maka kita sebagai Manusia wajib mencari apa sebenarnya kehendak ALLAH swt dalam penciptaan Manusia di alam ini.??

wassalam

Perbezaan Peranan Malaikat dengan Manusia

وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةً۬‌ۖ قَالُوٓاْ أَتَجۡعَلُ فِيہَا مَن يُفۡسِدُ فِيہَا وَيَسۡفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحۡنُ نُسَبِّحُ بِحَمۡدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ‌ۖ قَالَ إِنِّىٓ أَعۡلَمُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. (QS2 : 30 )

ALLAH SWT menempelak akan kekhuatiran para Malaikat tentang penciptaan Adam as sebagai khalifah di muka bumi. Apakah sudah berlaku atau sudah wujudkah khalifah dibumi yang dikhuatiri oleh Jibrail akan sikap membuat bencana dan kerosakkan serta berbunuhan.? Sedangkan ilmu pengetahuan hanyalah disisi ALLAH SWT.? maka diherdiknya Jibrail dengan firmannya : sesungguhnya AKU mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya..

Apa sebenarnya yang merisaukan para malaikat akan penciptaan Adam as ialah peranan serta ibadah para malaikat yang sentiasa taat dan patuh . Malaikat sentiasa bertasbih dengan memuji serta mensucikan ALLAH swt. Apakah ALLAH swt ingin menggantikan peranan Malaikat kepada Manusia dikemudian hari. Itu yang menjadi persoalan Jibrail kepada ALLAH swt sedangkan Jibrail sendiri tidak mempunyai ilmu melainkan ilmu yang diberi kan sahaja.

JADI Persoalan kita sekarang sebagai Manusia ialah apa sebenarnya peranan kita dijadikan sebagai MANUSIA.????

wassalam