Monday, September 13, 2010

Tugasan sebagai Khalifah

Assalamualaikum..

ALLAH swt menciptakan manusia sebagai khalifahnya dimuka bumi hanyalah untuk memakmurkan Alam ini sebelum ditukar kepada Alam yang kekal. Ramai yang tidak memahami tanggungjawab manusia sebagai Khalifah. Bagi mereka yang bijak pandai Agama akan menganggap kehidupan manusia hanyalah tunduk dan beribadah sepanjang masa.

Namun apakah perkara tersebut menjadi keutamaan penciptaan Manusia sebagai khalifah dimuka bumi ini,? Bagaimana manusia dapat meneruskan kehidupan jika perkara berkaitan Ibadah semata-mata menjadi keutamaannya.?

Nabi Muhammad saw diutus bukan hanya menyampaikan perkara Ibadah bersandarkan rukun Islam semata-mata. Namun banyak lagi amanat dari ALLAH yang harus dan wajib dilaksanakan tidak diberikan perhatian oleh para Ilmuan dimasa kini. Mereka lebih menitik beratkan soal hukum dan juga pembalasan dikemudian hari, sedangkan peranan Khalifah adalah lebih besar lagi di atas muka bumi ini.

Kalau hanya soal Ibadah bersandarkan rukun Islam yang lima menjadi keperluan utama penciptaan manusia oleh ALLAH swt, maka fikiran para ilmuan Agama ini telah jauh tersasar dari kerangkanya. Ini kerana ALLAH swt telah terlebih dahulu menciptakan para Malaikat yang sentiasa bertasbih dan bersujud ke hadrat Illahi. Para Malaikat ini juga tidak pernah menderhaka apatah lagi untuk ingkar akan perintah ALLAH swt.

Dan kalau hanya soal melakukan kemungkaran maka terciptanya Manusia sebagai Khalifah maka para ilmuan Agama ini juga tersasar dari segi pemahaman penciptaan Manusia oleh ALLAH swt. Ini kerana kelompok Jin yang telah lebih dahulu dicipta untuk menghuni muka bumi ini. Dan golongan Jin ini juga bangsa golongan yang suka mengingkari perintah ALLAH swt.

Bangsa Jin ini jugalah bangsa yang suka berbunuh-bunuhan serta melakukan kerosakkan dimuka bumi ini. Jadi para Ilmuan serta bijak Agama ini harus mengkaji apakah peranan penciptaan Manusia sebagai Khalifah oleh ALLAH swt.

Wasallam

Saturday, September 11, 2010

Perintah Untuk Penciptaan Khalifah di Bumi

Asalamualaikum...

Adam as diciptakan oleh ALLAH swt tidak lain hanyalah untuk menjadi Khalifah yang berfungsi sebagai pemakmur serta membina peradaban manusia. Penduduk bumi sebelum ini terdiri dari kalangan Jin. Jin-jin ini tidaklah pula menggalas amanah serta amanat tuhannya. Tidak seperti tanggungjawab Adam as untuk menjalankan amanat tuhannya sebagai Khalifah.

Dan apabila Malaikat Jibrail as diberitakan oleh ALLAH swt tentang akan penciptaan Adam as sebagai Khalifah lalu terus Jibrail meluahkan rasa kebimbangan tentang sifat Adam yang hanya akan merosakkan muka bumi ini sebagaimana yang berlaku atas keturunan Jin. Bangsa jin adalah dari bangsa yang suka berbunuh-bunuhan sesama mereka.

وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةً۬‌ۖ قَالُوٓاْ أَتَجۡعَلُ فِيہَا مَن يُفۡسِدُ فِيہَا وَيَسۡفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحۡنُ نُسَبِّحُ بِحَمۡدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ‌ۖ قَالَ إِنِّىٓ أَعۡلَمُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. ( al baqarah : 30)

ALLAH swt telah menempelak akan kegusaran Jibrail sambil berfirman " Adakah engkau lebih mengetahui daripada aku yang menciptakan kamu.?" sedar dengan kesilapan atas keterlanjuran meragui arahan tuhannya maka Jibrail as terus sujud memohon keampunan dengan gementar sekali. Lalu Jibrail telah meminta ALLAH swt memerintahkannya untuk melaksanakan penciptaan Adam as.