Assalamuaaikum
Apabila penganjur program I Want To Touch A Dog mendakwa ia mendapat restu
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi mendakan program mesra anjing semalam,
ia sekadar membuktikan bahawa para pentadbir Majlis tersebut yang kebanyakannya
merupakan penyokong kuat Pas sudah berada di bawah telunjuk DAP.
Tidak ada sebab yang munasabah yang langsung untuk MAIS memberi restu kepada
program pegang dan peluk anjing ini. Oleh kerana sehingga hari ini MAIS tidak
menafikan kenyataan penganjur tersebut maka kemungkinan besar benarlah restu
itu.
Kita boleh berbahas berjam-jam lamanya mengenai hukum
menyentuh anjing ini, namun ianya tidak menyelesaikan isu sokongan Mais
kepada kempen pegang anjing ini.
Ya
ng menyokong kempen ini sebagai sesuatu yang mulia
kerana untuk memulihkan stigma benci anjing di kalangan orang Islam sebenarnya
menghina majoriti umat Islam di negara ini. Majoriti kami tidak pernah benci
anjing mahu pun mendera anjing. Kami hanya tidak membela anjing sebagai binatang
peliharaan kerana dilarang oleh agama kami. Kami tidak menyentuh anjing tanpa
sebab kerana ia merupakan ajaran agama kami.
Kami juga menjauhi anjing kerana agama kami telah meletakkan syarat supaya
melakukan acara pembersihan tertentu (sertu) jika bersentuh dengan anjing dalam
keadaan basah atau dijilat anjing tersebut. Dalam keadaan kami perlu solat 5
kali sehari, wajarlah kami tidak mendekati anjing sesuka hati.
Ini samalah seperti kami tidak mendekati Harimau kerana takut dibaham atau
menjauhi diri dari ular kerana takut dipatuk. Kami juga tidak memeluk ayam,
itik, kambing, lembu dan kerbau. Ini bukan bermakna kami membenci atau mahu
mendera binatang-binatang tersebut.
Kempen ini memberi imej yang sangat buruk kepada muslim di negara ini. Ia
seolah-olah orang Islam di negara ini sering menganiaya dan mendera anjing
sehinggakan perlu satu kempen sentuh, pegang dan peluk anjing bagi mengubah
tabiat buruk orang Islam.
Hakikatnya, anjing lebih banyak didera dan dianiaya oleh orang bukan Islam
terutamanya kaum Cina kerana mereka sahaja yang banyak memelihara anjing. Kita
hampir tidak pernah mendengar langsung orang Islam membunuh atau mendera anjing
sama ada secara fizikal atau mental.
No comments:
Post a Comment