Monday, September 13, 2010

Tugasan sebagai Khalifah

Assalamualaikum..

ALLAH swt menciptakan manusia sebagai khalifahnya dimuka bumi hanyalah untuk memakmurkan Alam ini sebelum ditukar kepada Alam yang kekal. Ramai yang tidak memahami tanggungjawab manusia sebagai Khalifah. Bagi mereka yang bijak pandai Agama akan menganggap kehidupan manusia hanyalah tunduk dan beribadah sepanjang masa.

Namun apakah perkara tersebut menjadi keutamaan penciptaan Manusia sebagai khalifah dimuka bumi ini,? Bagaimana manusia dapat meneruskan kehidupan jika perkara berkaitan Ibadah semata-mata menjadi keutamaannya.?

Nabi Muhammad saw diutus bukan hanya menyampaikan perkara Ibadah bersandarkan rukun Islam semata-mata. Namun banyak lagi amanat dari ALLAH yang harus dan wajib dilaksanakan tidak diberikan perhatian oleh para Ilmuan dimasa kini. Mereka lebih menitik beratkan soal hukum dan juga pembalasan dikemudian hari, sedangkan peranan Khalifah adalah lebih besar lagi di atas muka bumi ini.

Kalau hanya soal Ibadah bersandarkan rukun Islam yang lima menjadi keperluan utama penciptaan manusia oleh ALLAH swt, maka fikiran para ilmuan Agama ini telah jauh tersasar dari kerangkanya. Ini kerana ALLAH swt telah terlebih dahulu menciptakan para Malaikat yang sentiasa bertasbih dan bersujud ke hadrat Illahi. Para Malaikat ini juga tidak pernah menderhaka apatah lagi untuk ingkar akan perintah ALLAH swt.

Dan kalau hanya soal melakukan kemungkaran maka terciptanya Manusia sebagai Khalifah maka para ilmuan Agama ini juga tersasar dari segi pemahaman penciptaan Manusia oleh ALLAH swt. Ini kerana kelompok Jin yang telah lebih dahulu dicipta untuk menghuni muka bumi ini. Dan golongan Jin ini juga bangsa golongan yang suka mengingkari perintah ALLAH swt.

Bangsa Jin ini jugalah bangsa yang suka berbunuh-bunuhan serta melakukan kerosakkan dimuka bumi ini. Jadi para Ilmuan serta bijak Agama ini harus mengkaji apakah peranan penciptaan Manusia sebagai Khalifah oleh ALLAH swt.

Wasallam

1 comment:

  1. Terima kasih sudi singgah disini...blog tuan sungguh baik sekali...

    ReplyDelete