Thursday, September 4, 2014

KEPERCAYAAN KARUT QURAN

Assalamualaikum.

Masih ramai lagi yang meletakkan kedudukkan Al Quran sebagai satu kitab yang mistik. Ayat ayat Al Quran digantung di dinding rumah dengan pelbagai gelaran. Ada yang dijadikan sebagai ilmu Pelaris, ada juga dijadikan sebagai ayat ayat penghalau syaitan dan hantu. Ada yang menjadikan sebagaiazimat, dan juga tak kurang yang menjadikan ayat ayat ini sebagai ilmu Pengasih.

Ramai yang mengatakan Al Quran ini satu Mukjizat dari Allah namun tak seorang pun yang dapat menjelaskan tentang Mukjizat yang dimaksudkan hatta Alim Ulamak sendiri. Mungkin mereka beranggapan ayat ayat ini mempunyai ciri ciri Magik. Mungkin itu sebab utama kenapa sehingga kini Al Quran tidak dijadikan satu bentuk bahan rujukkan utama umat Islam.

          Kami tidak turunkan Al Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah. Tetapi sebagai satu peringatan bagi orang yang takut ( kepada Allah ). yaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.

                                                                                                                  ( Thaaha 20 : 2,3,4 )

Masih ramai dikalangan umat Islam khususnya orang Melayu yang takut untuk membaca kerana takut salah bacaannya. Kekadang sehingga bab bab nak memegang Al Quran pun mempunyai macam macam pantang yang dikenakan. Kekadang  pantang larangnya amat mengelirukan. hujung hujung Al Quran hanya dijadikan perhiasan di rak rak mahupun almari.

Wasallam...................

No comments:

Post a Comment