Thursday, September 4, 2014

MEMBIASAKAN YANG BETUL

Assalamualaikum.

           Allah berfirman: " Kamu tidak tinggal ( dibumi ) meainkan sebentar saja, kalau kamu sesungguhnya mengetahui". Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main main ( saja ) dan bahawa kamu tidak akan dikembaikan kepada Kami ?

                                                                                               ( Al Mukminun 23 : 114-115 )

Kita akan memulakan kehidupan dengan mula melihat sekeliling dan apa saja yang menjadi kebiasaan dipandangan mata. Ada yang lebih suka bekerja makan gaji, pekerjaan yang menjadi pilihan utama. Ada yang mengikut jejak atau mewarisi pekerjaan ibubapa. Tak kurang juga yang lebih suka menghabiskan harta orang tua dengan mejawat jawatan penganggur.

Orang orang Islam khususnya bangsa Melayu lebih suka bekerja disektor kerajaan yang menjanjikan wang pencen, bonus tahunan yang belum pasti, serta kemudahan pemeriksaan kesihatan dipihak kerajaan. Salah satu pekerjaan yang paling tidak digemari adalah Perniagaan. Bagi mereka perniagaan adalah satu profesian yang susah. Mereka tidak biasa bekerja dalam kondisi tekanan yang tinggi. Bangsa Melayu lebh suka pekerjaan yang santai seperti di sektor kerajaan.

Sedangkan Nabi Muhammad mengingatkan kepada umat Islam tentang 9/10 rezeki di mukabumi ini adalah datangnya dari transaksi perniagaan. Allah juga menjanjikan kebahagiaan dengan jalan perniagaan. Adalah satu peranan utama agar umat Islam diseru menjadikan budaya berniaga sebagai satu amalan hidup.


               Hai orang orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih ?

                                                                                             (  Ash Shaaff 61 : 10 )

wassalam

No comments:

Post a Comment