Thursday, September 4, 2014

MEMBETULKAN YANG BIASA

Assalamualaikum.

melihat rutin seharian kehidupan manusia yang tiada banyak perubahan. Manusia akan melalui hari hari yang sang sama setiap hari tanpa memikirkan akan kesudahan penghidupan.

           Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.

                                                                                                                  ( An Nahl 16 : 78 )

Apabila berlaku suatu kelahiran baru maka bermula satu episod dimana ibubapa akan mula merancang tentang kehidupan yang bagaimana yang harus dilalui oleh anak itu tadi. Ibubapa akan mula memikirkan tentang keperluan makan dan minum sehingga mencecah usia dua tahun.

Keperluan pendidikan mula anak dirancang pada saat ketika anak mula berusia tiga tahun  Pendidikkan sekolah aliran jenis apa yang sesuai untuk anak. Bagi golongan yang berkemampuan maka sekolah berbayar mana yang harus dicadangkan tentang kebagusan menghantar anak kesana. Dan bagi golongan pertengahan akan memiih sekolah yang cemerang prestasinya. Namun bagi mereka yang berada dalam kelas bawahan mungkin akan menghantar anak kesekolah yang berdekatan untuk mengelakkkan kos transport.

Perancangan menghantar anak ke peringkat lebih tinggi akan mula dirancang apabila sianak melepasi beberapa peperiksaan dengan cemerlang. Golongan atasan akan menghantar anaknya ke universiti luar negara yang dianggap berpotensi tinggi, ada juga yang mengeluarkan kos sendiri untuk pembiayaan anak kerana kurang cemerlang keputusan disekolah. Bagi goonga pertengahan yang memepunyai anak pintar akan cuba memohon peruntukkan Biasiswa untuk anak mereka keperingkat Universiti luar Negara.

Golongan bawahan pula akan mula berkira kira atas kemampuan menghantar anak ke Universiti atau mengambil keputusan supaya anak itu terus bekerja untuk menampung keperluan keluarga dan adik adik yang lain. Dan yang pasti rutin sebegini akan terus terusan berlaku.

wassalam

No comments:

Post a Comment