Monday, September 5, 2011

Mengapa Adam as Derhaka akan perintah ALLAH

Manusia di ciptakan dengan kalimah SEBAB oleh ALLAH swt. Manusia pertama yang diciptakan adalah Nabi Adam as. Nabi Adam as satu satunya manusia yang diciptakan. Manakala Siti Hawa diciptakan melalui mimpi Adam as serta keperluan bagi kaum Adam atau sebagai pasangan. Bukti perlunya pasangan ialah dari petunjuk Quran iaitu seperti siang yang memerlukan malam. Baik memerlukan Buruk. Betul atau Salah.

Dan kami berfirman: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam Syurga dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim. (QS 2 : 35 )

Nabi Adam as dan Siti Hawa hidup dengan bergembira didalam syurga. mereka hanya melayan apa sahaja kehendak dan keperluan diri di syurga. Ibadah Adam as ketika itu tidak lain hanyalah menjaga sifat diri yang dikurniakan oleh ALLAH swt. Namun ALLAH juga memberi amaran kepada Adam as agar tidak menghapiri pohon terlarang...........Persoalannya ialah apa simboliknya pohon yang terlarang itu .????

Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari Syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati). ( QS 2 : 36 )

Setelah terhasut dengan kalimat dari Iblis laknatullah maka Adam as telah hilang nikmat diciptakan sebagai Manusia. Maka terlantarlah Adam as dan isteri diatas dunia untuk melaksanakan perintah dan larangan ALLAH swt bagi menebus kesilapan disyurga. maka hiduplah keturunan Adam as sehingga hari ini didunia dan menggalas amanat dari ALLAH swt........... Persoalannya apakah benar Adam as melakukan kesalahan bukan dengan percaturan ALLAH swt sendiri.????

Cuba kita renungi ayat Al Baqarah dibawah ini........

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. (QS2 : 30 )

Adakah Adam diciptakan hanya untuk mendiami Syurga atau untuk turun kebumi sebagai Khalifah ALLAH swt..???? Manusia hanya memerlukan satu SEBAB sahaja untuk hidup. Begitu juga ALLAH swt hanya memberi satu SEBAB sahaja untuk mengeluarkan Adam as dari syurganya untuk melaksanakan apa yang diajar dengan nama nama benda dan gunanya dalam ayat seterusnya dibawah ini

Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar. ( QS 2 : 31 )

Bagaimana kita hendak menjawab persoalan ini jika kita tidak mengetahui kehendak ALLAH swt atas penciptaa dan sebab sebab nya

wassalam.

No comments:

Post a Comment